Kemasukan Data
Pengurusan data: boleh meningkatkan atau merosotkan sesebuah perniagaan
Walaupun pengurusan data memakan masa, namun berpotensi besar jika diuruskan secara betul.
Kebanyakan perniagaan mempunyai lebih daripada 200+ kenalan.
Walau bagaimanapun, kenalan ini hanya dihargai jika datanya tepat, disimpan dengan betul, dikekalkan dan dianalisis.
Faktor-faktor berikut harus dipertimbangkan
Pembersihan Data
Kami akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan pematuhan dan perkhidmatan pelanggan dijaga.
Prestasi Pasukan Penjual
Apakah cara dan laporan yang anda gunakan untuk memantau jumlah masa yang digunakan untuk pengurusan oleh pasukan jualan? Sila semak data anda sekarang.
Komunikasi menggunakan E-mel
Semua alamat yang dorman dalam CRM anda, merencatkan kualiti penilaian anda pada pelantar utama e-mel disebabkan statistik anda rendah dalam situasi penilaian secara terbuka; bermakna kurang pelanggan yang masih aktif dapat membaca mesej anda.
Mengekalkan Pelanggan
Pangkalan data yang bersih dan memahami apa yang diminati oleh pelanggan anda, membantu dalam penghantaran mesej yang tepat dan pada masa yang ditentukan kepada yang berkenaan.
Bekerja secara bijak, elakkan bekerja keras
Sama ada untuk mengurangkan kadar pelantunan e-mel, mencari laporan aktiviti jualan atau prestasi pemasaran, meletakkan anda di tahap teratas dalam pelbagai bentuk persaingan jika mempunyai sistem CRM yang terkemaskini.
Dengan mengagihkan tugas data kepada pembantu pentadbiran luar pejabat akan membolehkan anda mencuba perkhidmatan dan menilai mengikut keperluan; atau menggabungkan kemasukan data dengan pengurusan CRM, berkomunikasi menggunakan e-mel dan pengurusan dairi / mesyuarat – Dengan ini, anda akan mempunyai masa untuk memokus kepada peningkatan perniagaan anda.
Semudah mengira 1, 2, 3
Memberi penjelasan
Berikan kami bajet dan taklimat demografi
Penyelidikan
Kami akan carikan Pembantu Peribadi yang terbaik untuk anda
Syabas
Anda mempunyai banyak masa lapang, manakala produktiviti anda meningkat
Cadangan kami
Kami juga faham bahawa penyumberan tugas kepada pihak luar amat menakutkan, namun berikan peluang kepada kami untuk menjelaskan keseluruhan prosesnya.
Langkah awal adalah perbualan melalui telefon untuk memahami latar belakang perniagaan anda dan bantuan yang anda perlukan semasa penyediaan data.
Kemudian, kami akan mencari Pembantu Peribadi yang terbaik untuk membantu anda.
Kami akan menguruskan satu Panggilan Penyertaan untuk perkenalkan anda antara satu sama lain, seterusnya mencipta satu Akaun untuk perniagaan anda dan terus mengekalkan perhubungan untuk memastikan tugas yang telah diagihkan kepada pihak luar berjalan dengan lancar.
Hubungilah kami
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Isikan borang berikut atau hubungi kami hari ini di +6 016 223 2340 untuk berbual dengan Pakar SmartPA.