Mendapat khidmat luaran dalam pengeluaran dokumen
Pengeluaran dokumen yang berkualiti
Persedian membuat pembentangan, laporan dan surat memakan masa yang lama, tetapi dokumen-dokumen ini mencerminkan komunikasi perniagaan anda. Jadi, perlu ditulis dengan baik dan berkualiti
Tiada yang mustahil
Pembantu Peribadi kami terlatih dalam set Microsoft sepenuhnya, jadi sama ada templat PowerPoint, laporan Word atau hamparan Excel, pasukan kami boleh membantu.
Kami senantiasa melatih PA maya kami dalam semua bidang teknologi baharu yang dicuba dan diuji untuk berada satu langkah di hadapan pesaing.
Penghasilan Dokumen Perniagaan
E-mel dan Memo
Jelas, mesej ringkas
Dokumen Transaksional
Daripada Borang Pesanan kepada Invois dan Resit
Penghasilan hamparan
Daripada templat ke Kalender dan mengemas kini saham
Laporan Perniagaan
Daripada minit mesyuarat ke ramalan dan laporan Tahunan
Pembentangan
Dicipta menggunakan Prezi atau PowerPoint
Garis Panduan Jenama
Untuk semua orang daripada pembekal kepada pekerja
Penjelasan daripada Pelanggan kami
'Sebelum SmartPA, kami menghabiskan terlalu banyak masa membuat kerja yang tidak dikenakan bayaran seperti menaip dokumen, pengimbasan dan penganjuran kerja selepas siap.
SmartPA menyiapkan tugas-tugas dengan penuh profesionalisme dan pengalaman, menawarkan PA yang setanding dalam bidang kepakaran saya. Kecekapan yang digunakan semasa memulakan penubuhannya dan perjalanannya agak menakjubkan. Perasaan saya seperti telah bekerja dengan PA saya selama beberapa tahun!
Saya telah bergelut lebih daripada setahun kerana tersalah faham bahawa saya bersikap kedekut dalam soal perbelanjaan perniagaan. Pendekatan tegas dan perkhidmatan yang efisen oleh SmartPA telah memainkan peranan untuk mengubah cara penyampaian perkhidmatan saya'
Sally Challinor, Chally Services LLP
Semudah pengiraan 1, 2, 3
Penyampaian taklimat
Berikan bajet dan tugasan untuk kami siapkan
Penyelidikan
Biarkan kami menyelidik PA maya yang terbaik
Tugas disampaikan
Tepat pada masanya dan mengikut bajet
Kami juga faham bahawa penyumberan kepada pihak luar untuk menguruskan penghasilan dokumen amat menakutkan, namun berikan peluang kepada kami untuk menjelaskan keseluruhan prosesnya.
Langkah awal adalah perbualan telefon untuk memahami latar belakang perniagaan anda dan bantuan yang anda perlukan. Kemudiannya, kami akan mencarikan Pembantu Peribadi Maya yang terbaik untuk anda.
Kami akan menguruskan satu Panggilan Penyertaan untuk perkenalkan anda antara satu sama lain, seterusnya mencipta satu Akaun untuk perniagaan anda dan terus mengekalkan perhubungan untuk memastikan tugas yang telah diagihkan kepada pihak luar berjalan dengan lancar.
Hubungi SmartPA Pada Hari ini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Isikan borang berikut atau hubungi kami hari ini di +6 016 223 2340 untuk berbual dengan Pakar SmartPA.